Tuesday, February 23, 2010

Resepi Di Bulan Febuari

Ahad lalu, saya masak lagi. Daging masak merah. Makanan yang selalu saya pesan tiap kali makan di kedai Melayu. Ada dalam senarai masakan dalam entri dulu.


Sebenarnya saya agak risau untuk masak masakan ini sebab saya cuma tahu pesan dan makan selama ini. Setelah guna taktik pencarian google saya yang agak hebat, begitu banyak rupanya resepi daging masak merah di merata laman web. Nasib saya baik.

Ia sepatutnya agak mudah. Tapi di sini saya mahu beritahu anda supaya tidak percaya sesuatu tanpa cuba terlebih dulu. Lebih-lebih lagi jika melibatkan masakan. Sesuatu yang agak lucu terjadi setelah saya bercadang untuk ikut kata salah seorang pemberi resepi. Daging masak merah yang saya masak ada rasa sirap merah. Si pemberi resepi cuba berkongsi cara selain dari mengunakan pewarna merah atas sebab-sebab kesihatan.

Selain dari rasa sirap, masakan saya kira ok juga lah. :-D
Saya akan cuba sekali lagi tanpa sirap sebelum Febuari berakhir.

Kalau berani cuba lah. Resepi seperti di bawah:

Bahan
300g daging (hiris nipis)
3-4 sudu besar sos tomato dan cili
3 sudu sos tiram

Bahan Hiris
1 labu bawang besar/merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2-3 lada kering (hiris besar atau dikisar)
3 keping daun limau purut

Cara
1. Rebus daging hingga lembut. Tos dan gaul dgn pewarna merah (jangan guna sirap).
2. Panaskan minyak dan masukkan daging. Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.

Air rebusan daging digunakan semula untuk kuah masakan.

Agak mudah kan. Mungkin untuk cubaan kali kedua saya hanya akan goreng daging hingga lembut dengan api perlahan. Saya akan fikir dulu sama ada akan mengunakan pewarna atau biar kan saja daging dalam keadaan perawan. Hi hi hi

10 comments:

JerryInc said...

persediaan mau jd surirumah kah ni? :)

Wel^Beiolman said...

jerry..mcm la jg kan...hint2 suda kali..haha...

sirap?ok jg ba..jan pula ko berabis sampai jadi minuman sirap tu kuah2.haha..ada 2 suda la ko mau kasi rasa kami ni kan..haha..

Claire said...

Jerry, cooking is woman's way to the man's heart bah urang bilang. wakakka...saja la mo terer memasak memandangkan sy kuat makan. :-D

Wel, ni kali sy nda payah la kasi merah tu masakan.. :-D asal rasa sedap sja..hehe ada dua sda lah. :-D

Mell_f said...

yeehaa,bole2 suda ko ni claire :D

Claire said...

Bole bole apa mell? saya harap yg dimaksudkan ialah bole bole suda jadi chef yg hibat lah k. :-D

Unknown said...

aku mau ayam masak merah!!sb, kalu p kedai melayu, sy pun slalu order ni.tp ayam, bukan daging..hehe

Claire said...

Lina! Pertama kali nih engkau cni. Susah la kalau first time....ekekekkeke

Iya bah, aku ingat tu..kau pun suka kan masak merah tapi ayam la sb sumbung nda makan daging. wakaka nanti aku try masak yg ayam punya la. :-D

健康保寶: Wish you happy too. Hope i translate that right. :-D

Frankie said...

sy suka daging masak merah...masak jak daging, jgn ikut ckp c lina..."susah la klu ayam, lina" ekekeke

NADZRIE said...

ikan masak merah tak de ke? tak leh buat ke? saya selalu kalau pegi kedai nak order ni..tapi tak berani...ehehhe.

Claire said...

Chan, sedap jg ba kalau ayam..hehe tapi sy pun daging jg la fav. :-D

Abg Yie, Ikan pun boleh rasanya masak merah tp mcm sedap lg daging. :-D
order ja ba. jgn nda berani. wakaka